News

Pesta Konvo 2025 di PAPRSB Institut Sains Kesihatan

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Mahkota dijunjung oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh dan Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam, Dr Hazri bin Haji Kifle.

 

Crown Prince launches UBD Pesta Konvo 2025

Oleh: Sim Y.H.

Pada: 05 Ogos 2025

Dalam: Media Permata > Nasional

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, berkenan berangkat untuk menyempurnakan Perasmian Pesta Konvo Universiti Brunei Darussalam (UBD) 2025 yang berlangsung di Institut Sains Kesihatan Pengiran Anak Puteri Hajah Rasidah Sa’adatul Bolkiah, UBD hari ini.

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Mahkota dijunjung oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh dan Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam, Dr Hazri bin Haji Kifle.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah pegawai-pegawai kanan kerajaan, UBD serta para jemputan khas.

Majlis diteruskan dengan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Mahkota dijunjung dan berkenan menyempurnakan perasmian Pesta Konvo UBD 2025 sempena Majlis Konvokesyen Universiti Brunei Darussalam ke-37.

Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Mahkota kemudian dijunjung untuk menyempurnakan penanaman sepohon pokok Gymnostoma nobile (Casuatinaceae) yang juga dikenali sebagai Bornean Rhu.

DYTM Pengiran Muda Mahkota dijunjung menyempurnakan penanaman pohon Bornean Rhu.

Pokok berkenaan merupakan sejenis pokok asli Negara Brunei Darussalam, yang biasanya ditemui di Hutan Kerangas Borneo dan mampu membesar setinggi 10-15 meter. Spesis berkenaan memainkan peranan ekologi penting menerusi keupayaannya untuk membetulkan nitrogen atmosfera melalui simbiosis dengan bakteria Frankia, memperkayakan tanah yang lemah dan menyokong kesihatan hutan sekali gus serta berperanan penting untuk mengekalkan biodiversiti dan daya tahan ekosistem.

Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Mahkota kemudian dijunjung dan berkenan menyempurnakan pelancaran Pelan Hala Tuju Universiti Sihat UBD, iaitu sebuah inisiatif strategik yang menerapkan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan ke dalam semua aspek kehidupan universiti.

Membina amalan terbaik daripada Rangkaian Promosi Kesihatan Universiti ASEAN (AUN-HPN) dan sejajar dengan Wawasan Brunei 2035, Greening Education Partnership Kementerian Pendidikan serta Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pelan hala tuju itu mengguna pakai pendekatan bersepadu yang komited untuk membina persekitaran kampus yang menyokong, memberi inspirasi dan memperkasakan semua aspek kehidupan daripada segi fizikal, alam sekitar dan sosial. Distrukturkan merentas tiga fasa untuk membina kesiapsiagaan institusi, perubahan sistem dan impak yang boleh diukur secara progresif, garis masa Pelan Hala Tuju Universiti Sihat berjalan dari 2025 hingga 2028, yang sejajar dengan pelan strategik UBD dan sasaran pembangunan negara.

Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Mahkota seterusnya dijunjung dan diiringi oleh Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah dan Dr Hazri menyaksikan Pameran Pesta Konvo di Ruang Legar PAPRSB IHS, yang membawa tema Ideas The Move, yang menyokong Pelan Hala Tuju Universiti Sihat dan meraikan bagaimana program penyelidikan dan kerjasama UBD bersama-sama menjana kehidupan lebih sihat, kampus lebih hijau dan masyarakat lebih kukuh.

Semua di atas: DYTM Pengiran Muda Mahkota berkenan menyaksikan sebahagian Pameran Pesta Konvo yang disediakan.

Pameran berkenaan memaparkan aktiviti yang menghubungkan sains dan kehidupan seharian yang melibatkan belia, alumni dan keluarga melalui projek-projek penyelidikan dan inovasi yang terbahagi kepada tiga zon berasingan.

Zon Inovasi Komuniti, mempamerkan pameran daripada Akademi Pengajian Brunei (APB) dan Universiti Brunei Darussalam School of Business and Economics (UBDSBE), mengetengahkan inisiatif dan idea berpaksikan individu atau insititusi yang bertindak menghadapi cabaran dunia sebenar seperti Kianjong.co, UBD Alya Playhouse dan Living Lab.

Ia meliputi pemerkasaan belia dan usahawan hingga pengukuhan pembangunan tempatan dan keterangkuman sosial.

Awang Mohamad Bahiyuddin Aji, seorang alumni UBD yang telah lulus dari APB pada 2018, telah mendedikasikan masa beliau selama setahun untuk penyelidikan pertanian intensif, menubuhkan Kianjong.co pada penghujung 2019.

Pengkhususan beliau dalam kajian budaya antropologi menyediakan lensa komprehensif kepada pendekatan perniagaannya.

Menunjukkan komitmen terhadap pertanian mampan, Kianjong.co telah mengembangkan portfolio produknya secara strategik untuk memasukkan baja organik berasaskan mikrob yang bermanfaat. Tambahan pula, syarikat itu sedang giat membangunkan projek rumah hijau termaju, bersedia untuk meningkatkan lagi keupayaan pertaniannya dan menyumbang kepada keselamatan makanan Brunei.

Manakala, UBD Alya Playhouse, yang baru dibuka pada Mei 2025, juga berpeluang untuk menonjolkan kepentingan menyediakan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak kepada ibu bapa UBD yang bekerja dan menyokong keseimbangan kerja-kehidupan yang lebih sihat untuk kakitangan dan pelajar universiti.

Sementara itu,  Dr Nurul Afiqah binti Haji Nor Amin dan Hajah Saerah binti Haji Petra dari UBDSBE turut mengintegrasikan kepakaran akademik mereka dengan penglibatan di lapangan, menyokong pembangunan komuniti mampan di Kampung Bolkiah, Kampong Ayer.

Kaya dengan budaya dan hubungan komuniti yang kukuh, Living Lab komuniti membolehkan penyelesaian inklusif dan bermaklumat penyelidikan yang menggalakkan kemandirian dan kemakmuran ekonomi, sambil mengukuhkan kepimpinan tempatan dan pembangunan berasaskan data.

Selain itu, Zon Budaya dan Identiti pula meraikan pemeliharaan dan evolusi identiti budaya melalui penceritaan, melihat budaya sebagai sebahagian daripada pembelajaran dan komuniti yang hidup.

Seorang pemula yang belajar sendiri, Dayangku Nur Iman Shahidah binti Pengiran Mohd Tani telah mencipta sebuah permainan platform 2 dimensi, Katok Tales di mana pemain meneroka hutan ajaib, menyelesaikan teka-teki dan memusnahkan musuh untuk mengumpul bahan-bahan tersembunyi, bagi membongkar rahsia di sebalik nasi katok.

Di samping itu, Zon Kesihatan dan Kesejahteraan pula meneroka pendekatan inovatif yang diterajui pelajar untuk penjagaan, belas kasihan dan pendidikan kesihatan, menterjemah pengetahuan klinikal mereka kepada perkhidmatan yang bermakna dan pemerkasaan komuniti.

Pelajar perubatan tahun tiga dari PAPRSB IHS mempamerkan Spikeout, iaitu inisiatif untuk meningkatkan kesedaran mengenai diabetes, komplikasinya dan cara sihat untuk menguruskannya.

Manakala, sebuah program kesedaran, UBD TENANG, berusaha untuk meningkatkan kesejahteraan mental melalui pendekatan berasaskan kesedaran yang terbukti yang disesuaikan secara unik dengan elemen Melayu Islam Beraja (MIB) yang sejajar dengan budaya Brunei, khususnya daripada perspektif Islam.

Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Mahkota turut berkenan melawat Makmal Simulasi Pergigian dan Klinik UBD yang terletak di bangunan tersebut.

Atas & Bawah: DYTM Pengiran Muda Mahkota seterusnya berkenan melawat Makmal Simulasi Pergigian dan Klinik UBD.

Majlis turut menyaksikan penyampaian pesambah UBD 40 GEM ke hadapan majlis Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota yang direka dan dicipta oleh Awang Muhammad Hilmi Suhaimi.

Pesambah tersebut menggabungkan logo ulang tahun ke-40 UBD serta empat ikonografi dan corak tersendiri yang melambangkan pengamalan prinsip Islam dalam semua aspek kehidupan, pembelajaran berterusan yang sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG), inovasi dan kesediaan masa depan pelajar dalam era digital dan pendidikan berkualiti tinggi, selaras dengan Wawasan Brunei 2035.

Sempena Majlis Konvokesyen, Khatam Al-Quran dan Solat Kesyukuran akan diadakan pada esok, 6 Ogos untuk memberkati para pelajar dalam usaha mereka pada masa hadapan.

Pesta Konvo diadakan setiap tahun menjelang Majlis Konvokesyen untuk meraikan kejayaan dan pencapaian graduan UBD sambil mempamerkan idea dan ciptaan oleh pelajar semasa dan graduannya.

Majlis Konvokesyen Universiti Brunei Darussalam Ke-37 pula dijadualkan berlangsung pada 13 Ogos nanti di Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam.

DYTM Pengiran Muda Mahkota berkenan bergambar ramai semasa majlis perasmian pesta konvo berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

UBD Pesta Konvo 2025 at PAPRSB IHS

His Royal Highness Prince (Dr) Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office, with Minister of Education Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah Haji Mohd Salleh and UBD Vice-Chancellor Dr Hazri Haji Kifle at the launch of Pesta Konvo 2025. PHOTOS: RAFI ROSLI

 

Crown Prince launches UBD Pesta Konvo 2025

By: Lyna Mohammad

On: 05 August 2025

In: Borneo Bulletin > National

 

His Royal Highness Prince (Dr) Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office, and Pro-Chancellor of Universiti Brunei Darussalam (UBD), on Tuesday officiated the launch of Pesta Konvo 2025 at the Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah Institute of Health Sciences (PAPRSB IHS).

Upon arrival, His Royal Highness was welcomed by Minister of Education Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah Haji Mohd Salleh and UBD Vice-Chancellor Dr Hazri Haji Kifle.

The launch marked the commencement of UBD’s convocation celebrations, themed ‘Ideas That Move’, highlighting impactful research, community engagement, and student innovation.

Following the launch, His Royal Highness planted a Gymnostoma nobile (Bornean Rhu) tree, a native species known for its ecological value, particularly its ability to enrich poor soil through nitrogen fixation. The gesture underscores the university’s commitment to sustainability and biodiversity conservation.

His Royal Highness Prince (Dr) Haji Al-Muhtadee Billah planting a Gymnostoma nobile (Bornean Rhu) tree.

His Royal Highness also launched the UBD Healthy University Roadmap, a strategic initiative to embed health, safety, and well-being into all aspects of university life. The initiative is aligned with the ASEAN University Network-Health Promotion Network (AUN-HPN), Wawasan Brunei 2035, the Greening Education Partnership by the Ministry of Education, and the United Nations Sustainable Development Goals (SDGs).

Structured in three phases from 2025 to 2028, the roadmap aims to transform UBD into a health-promoting institution by fostering a campus culture that supports physical, mental, social, and environmental well-being.

(ABOVE & BELOW) His Royal Highness Prince (Dr) Haji Al-Muhtadee Billah is visiting the exhibition and being greeted by UBD students.

‘Ideas That Move’ exhibition

His Royal Highness then toured the Pesta Konvo 2025 exhibition at the PAPRSB IHS Extension Building. The exhibition was divided into three zones — Community Innovation, Culture and Identity, and Health and Well-being — each showcasing how UBD’s students and alumni translate academic knowledge into real-world solutions.

In the Community Innovation zone, projects included initiatives by the Academy of Brunei Studies (APB) and UBD School of Business and Economics (UBDSBE). One featured alumnus, Mohamad Bahiyuddin Aji, an APB graduate, showcased his agro-entrepreneurship venture Kianjong.co, focusing on sustainable agriculture and Brunei’s food security.

Also highlighted was the UBD Alya Playhouse, which provides childcare services to support working parents and foster work-life balance.

From UBDSBE, Dr Nurul Afiqah Haji Nor Amin and Hajah Saerah Haji Petra shared their research and outreach in Kampung Bolkiah, Kampong Ayer, a community “Living Lab” for sustainable development and local empowerment.

In the Culture and Identity zone, self-taught game developer Dayangku Nur Iman Shahidah Pengiran Md Tani presented ‘Katok Tales’, a digital platformer celebrating Brunei’s iconic Nasi Katok through interactive storytelling and cultural heritage.

The Health and Well-being zone included student-led initiatives such as ‘Spikeout’, a campaign by third-year PAPRSB IHS medical students raising awareness on diabetes prevention and management. Meanwhile, the ‘UBD TENANG Mindfulness Programme’ blended evidence-based mindfulness techniques with Malay Islamic Monarchy (MIB) values to enhance mental wellness.

His Royal Highness also visited the Dental Simulation Laboratory and UBD Clinic, part of the Bachelor of Health Science (BHSc) in Dentistry programme, where students practise clinical simulation using the Phantom Head system.

Honouring achievement

During the event, His Royal Highness received a pesambah titled ‘UBD 40 GEM’, designed by Muhammad Hilmi Suhaimi, a Bachelor of Science in Digital Economy student. The gift symbolised UBD’s 40th anniversary and reflected four core elements: Islamic values, lifelong learning aligned with the SDGs, innovation in the digital age, and excellence in education supporting Wawasan Brunei 2035.

His Royal Highness Prince (Dr) Haji Al-Muhtadee Billah viewing a performance.

A Khatam Al-Quran and thanksgiving prayer ceremony will be held August 6 to bless graduating students. The 37th Convocation Ceremony will take place on Wednesday, August 13, at the Chancellor Hall.

Pesta Konvo is held annually ahead of UBD’s convocation to celebrate academic success and showcase student-led research and creative projects.

15th International Summer Medical School Programme 2025

Medical students from the Faculty of Medicine at Kagawa University, Japan in a group photo. PHOTO: UBD

Press Release: [here]

 

On 29th July 2025, PAPRSB Institute of Health Sciences (IHS) held an opening ceremony for the 15th International Summer Medical School (ISMS) Programme. Since its initiation in 2006, ISMS has been an annual student exchange programme in which students from the Faculty of Medicine of Kagawa University are invited to participate in academic, social, and cultural activities, organised both on and off campus. This longstanding partnership is crucial in cultivating mutual understanding and global unity by providing both Universiti Brunei Darussalam (UBD) and Kagawa students with opportunities to gain knowledge, build relationships, exchange experiences, and show appreciation for other cultures.

In attendance were the guest of honour, His Excellency Mr. Yutaka Kikuta (Japanese Ambassador to Brunei Darussalam), Professor Dr. Haji Noor Azam bin OKMB Haji Othman (Assistant Vice Chancellor (Education)), and Professor Kenneth Yuh Yen Kok (Dean of PAPRSB IHS). The Kagawa University delegation included Professor Takashi Kusaka (Chairperson of the School of Medicine, and Member of the International Contribution & Exchange of Faculty of Medicine), Professor Tomoko Ichiki (General Medicine, Faculty of Medicine), Assistant Professor Takashi Ogawa (Genome Medical Science and Medical Genetics, Faculty of Medicine), and Associate Professor Saneyuki Yasuda (Director of the Postgraduate Clinical Education Centre and Member of the International Exchange Committee, Faculty of Medicine). Also present at the ceremony were Dr. Hj Abdul Hanif Bin Dato Paduka Hj Mahadi. (Assistant Vice Chancellor  of Research, Innovation, and Sustainability), Dr. Mohd Khairul Zarifi bin Haji Masri (Deputy Director of Strategic Partnerships at the Office of the Assistant Vice Chancellor (Global Engagement)), Dr. Mursidi Hj Ali (Dean of Students), and the Deputy Deans of PAPRSB IHS: Pg Dr. Hjh Nurolaini binti Pg Hj Muhd Kifli (Academic Student Affairs) and Dr. Suwarni binti Hj Mohd Diah (Research Innovation and Sustainability).

Also present were the Programme Leaders at PAPRSB IHS: Dr. Hjh Fazean Irdayati Hj Idris, Dr. Md Hazim Hj Abd Ghani, Dr. Sarena Hj Hashim, Dr. Mary Cheong Poh Hua, and Dr. Sheikh Naeem Shafqat, the co-coordinators of the 15th ISMS Programme: Dr. Poh Hui Goh, Dr. Hj Muhammad Assyafie Hanif bin Abdul Rahman @ Chung Thien Siong, and Dr. Zaidah Rizidah Murang, along with academic and administrative staff and students of the PAPRSB IHS faculty.

 

Dr. Poh Hui Goh praised the continuing benefits of the ISMS Programme for students from both UBD and Kagawa University: “We believe that programmes like ISMS do more than provide medical knowledge. They build friendships, deepen intercultural appreciation, and contribute to the broader goal of nurturing globally-minded healthcare professionals.”

 

At the opening ceremony, the Dean of PAPRSB IHS, Professor Kenneth Yuh Yen Kok, welcomed delegates from Kagawa University and the six participating medical students from the Faculty of Medicine: Kazuki Umachi, Misaki Takahashi, Naomi Urayama, Sakurako Okumura, Yui Fukui, and Yuka Shiraishi. In his welcoming address, Professor Kenneth remarked, “This long-standing partnership is also a testament to the power of collaboration. Together, we have cultivated a unique and enriching environment where students and faculty from diverse backgrounds come together, exchanging ideas, knowledge, and cultures.” He also added, “This partnership has not only enhanced the academic and professional growth of our students and faculty, but has also fostered mutual understanding and respect, helping us address global healthcare challenges more effectively. We are immensely grateful to Kagawa University for their continued commitment to this shared vision.”

 

Representing the delegation from Kagawa University was Professor Takashi Kusaka, who acknowledged the benefits and strengths of the collaboration in his speech: “I sincerely hope that this 15th summer programme will again be fruitful for both of our institutions, and will be a further step towards deepening new mutual understanding and cooperation between our two institutions. It is my hope as well that each of us work together to build closer ties to contribute to further development of the present relationship.”

 

Professor Dr. Haji Noor Azam bin OKMB Haji Othman, Assistant Vice Chancellor of Education, presenting a souvenir to His Excellency Mr. Yutaka Kikuta, Japanese Ambassador to Brunei Darussalam.

Following the speeches, the ceremony was officiated with the striking of the gong by the guest of honour His Excellency Mr. Yutaka Kikuta, marking the commencement of the 15th ISMS Programme.

This was followed by the presentation of souvenirs to the six Kagawa University students, the delegates, and the guest of honour.

Programme Booklet

This year, the three-week ISMS Programme offers a variety of cultural and academic activities, including exploration of Brunei’s rainforest at Eco Ponies Garden in Tutong and its mangroves at Kampong Ayer. The students will also cruise the Brunei River in Bandar Seri Begawan and experience local dishes such as Ambuyat. At PAPRSB IHS, the students will partake in classes where they will study medical topics complemented by practical demonstrations and visits to several local healthcare facilities, such as Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Hospital, the Health Promotion Centre, and Pantai Jerudong Specialist Centre.

The 15th ISMS Programme marks another meaningful chapter in the enduring collaboration between PAPRSB IHS and Kagawa University. Through these shared academic and cultural experiences, the programme continues to foster cross-cultural understanding and professional growth among future healthcare leaders. As the students embark on their journey over the coming weeks, this exchange stands as a powerful reminder of the value of international partnerships in shaping a globally connected medical community.

To navigate from page to page or to use the zoom options, hover the mouse over the page (or click on the page), and the menu will appear at the bottom edge of the page:

15th ISMS Programme Booklet 2025

Programme Sponsors

The 15th ISMS programme organising committee would like to express its heartiest gratitude for the following programme sponsors:

  • PAPRSB Institute of Health Sciences, UBD
  • Treasure Cove
  • THREDZ